Jumaat, 5 Februari 2010

Apakah Lampin Pakai Semula LMCD® Reusable Diapers



Lampin Guna Semula LMCD® (LMCD® Free Size Reusable Diapers )

DENGAN MENGGUNA BUTANG DAN VELCRO BAGI MENENTUKAN SAIZ YANG SESUAI : S, M, L atau XL.

Lampin Boleh Guna Semula Saiz Bebas LMCD® adalah dibuat daripada fabrik lembut cepat kering yang kalis-cecair pada bahagian luar bagi mencegah kebocoran. Lampin ini sesuai untuk bayi dari selepas lahir hingga berusia 3 tahun.

Lampin LMCD® ini adalah mesra alam, mengurangkan masalah pelupusan sampah dan amat menjimatkan.
  • Boleh dibasuh & Diguna Semula

  • Mempunyai cirri-ciri anti-mikrob semulajadi

  • Bebas dari bahan kimia toksik
  • Tidak bocor dengan lapisan kalis-cecair
  • Lebih mudah untuk melatih bayi mengguna tandas
RUAM LAMPIN

Disebabkan oleh alahan kepada bahan-bahan kimia apabila lampin pakai buang terlalu lama dipakai. 54% daripada bayi-bayi berumur sebulan yang mengguna lampin pakai buang mengalami ruam lampin, 16% daripadanya ruam lampin jenis yang merbahaya.
















MASALAH DENGAN LAMPIN PAKAI BUANG:

· Lampin pakai buang adalah barang pengguna ke-3 terbesar yang menyumbang kepada sampah sarap di tempat-tempat pelupusan sampah, dan mewakili 30% daripada bahan-bahan buangan sukar reput.

· Berbilion tan lampin bersama kandungan najisnya dibuang ke tempat pelupusan sampah yang digunakan sebagai bahan menambun tanah, dan bahan-bahan plastik lampin ini akan mengambil masa selama lebihkurang 500 tahun untuk reput sepenuhnya.

· Sebagai warga yang perihatin kita haruslah mengambil langkah kearah menyelamatkan alam sekitar dari pencemaran demi kesejahteraan generasi akan datAng. Kalau ada lampin alternatif yang mesra alam, kita perlu peka dan berubah kepada alternatif tersebut.

· Bolehkah lampin pakai buang daripada bahan plastik itu dihapuskan?
o Plastik tidak boleh dikomposkan (ditukar menjadi bahan organik oleh mikrob).
o Malaysia tidak mempunyai sebarang kemudahan/fasiliti bagi melakukannya.

BAHAN KIMIA TOKSIK PADA LAMPIN PAKAI BUANG:

· Dioxin
o Disenaraikan oleh EPA (Environment Protection Agency – US) sebagai bahan kimia penyebab kanser yang paling toksik.
o Dari mana puncanya? Dioxin adalah suatu hasil sampingan dalam proses pelunturan yang mengguna klorin.

· Sodium Polyacrylate
o Sodium polyacrylate atau acrylic sodium salt polymer adalah bahan kimia yang diguna pada fabrik lampin pakai buang; iaitu untuk menyerap cecair dengan daya penyerapan yang tinggi (digelar “Super Absorber”).
o Jurnal-jurnal Kesihatan Kanak-kanak mengandungi laporan-laporan tentang bahan kimia ini yang boleh melekat pada kamaluan bayi. Bahan penyerap ini juga akan menarik sebarang lembapan semulajadi daripada lapisan atas kulit bayi.

. Tributyl-tin (TBT)
o TBT adalah bahan kimia yang digunakan sebagai bahan pemangkin dalam proses penghasilan sesetengah bahan plastik atau sebagai satu bahan pengimbang dalam PVC. Seseorang bayi yang mengguna lima lampin sehari boleh bersentuhan dengan bahan ini sehingga 3.6 kali lebih daripada tahap yang dianggap selamat oleh pihak Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Pilihlah yang terbaik Untuk Masa Depan Bayi Anda

PENJIMATAN UNTUK TEMPOH 3 TAHUN:

Slide 1
LMCD® One Size Reusable Diaper
(12 diapers + 24 inserts package)
Disposable Diapers (Average 4 diapers per day - RM0.60 x 5 x 365days x 3 years)
Total
Saving
RM480
RM3285
RM2805

Harga???
ØPrice per set: 1 diaper + 2 Inserts = RM45
ØTrial Package: 3 Diapers + 6 Inserts = RM 130
ØFull time Mom Package: 10 Diapers + 20 Inserts = RM 420
ØWorking Mom Package: 12 Diapers + 24 Inserts = RM 480

Harga yang amat berpatutan bagi velcro diapers dengan 2 inserts.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan