Khamis, 4 Februari 2010

Lampin Pakai Semula LMCD® Reusable Diapers

Salam semua...

Alhamdulillah, setelah sekian lama ingin memulakan satu produk sendiri yang berguna dan berkualiti, akhirnya Lampin Pakai Semula LMCD® Reusable Diapers berjaya dikeluarkan. Satu gaya hidup untuk generasi yang mementingkan kesihatan, penjimatan dan kebersihan alam sekitar.

Gaya moden yang menggunakan semula cara lama. Lampin pakai semula ialah konsep yang sekian lama digunakan untuk menampung hasil buangan bayi. Lampin Kitar Semula LMCD® Reusable Diapers adalah evolusi daripada penggunaan kain untuk menampung hasil buangan bayi. Daripada penggunaan kain batik, ke kain lampin, kepada kain lampin bersama nappy liners, kemudiannya kepada penggunaan plastik ikat dan seterusnya seluar getah, lampin pakai semula dilupakan setelah lampin pakai buang diperkenalkan. Satu penciptaan yang amat membantu memenuhi gaya hidup moden yang sibuk dan mementingkan masa dan kemudahan Namun setelah sekian lama lampin pakai buang disedari memberikan banyak keburukan untuk jangkamasa panjang kepada kesihatan bayi dan masalah dalam pelupusan sampah dan alam sekitar.

Banyak artikel, kajian dan penemuan yang boleh dilayari melalui internet tentang kelemahan lampin pakai buang untuk jangkamasa panjang. Dengan kesedaran ini saya memulakan langkah mengikuti beberapa golongan yang mula menyedari hakikat kepentingan mencuba yang terbaik dan termampu melindungi anak-anak tersayang dan juga alam sekitar dan yang juga penting iaitu menjimatkan kos. Kesedaran ini mula menebal apabila mengetahui lampin pakai buang yang digunakan selama ini adalah dikeluarkan oleh syarikat yang menyokong pejuangan Israel merampas tanah air saudara-saudara di Palestine.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan